assallamualaikum , terima kasih ya Allah masih beri aku peluang untuk bernafas lagi pada pagi yg cukup indah harini :) . sesungguhnya kau sangat berkuasa ya Allah :) allahuakbar ! tujuan aku menulis blog kali ni untuk luahkan kesakitan yg aku rasa . selepas aku diganggu saka arwah moyang aku , sekarang aku diuji dengan kesakitan yg amat sangat , hingga menangis aku menahan sakit ! setiap maghrib kepala aku diserang sakit yg teramat sangat . hanya setiap maghrib ! ta rasa pelik kea ?? tape , aku redha . penyakit datangnya dari ALLAH kan ? aku sendiri ta tahu kenapa aku selalu diberi ujian yg sangat-sangat besar ? yang ta mampu manusia na tempuh :') sejak kecil berpisah dengan ibu , ta dapat kasih sayang dr seorang ibu . dah tu dibenci oleh nenek(belah ayah)aku , difitnah , dipulaukan keluarga , orang kampung :') bila dewasa lagi kuat ujian aku aku dapat . sentiasa je sakit . then diganggu saka arwah moyang aku bertahun-tahun lamanya . bukan aku sorang je takut . satu family aku takut ! dorang pun pernah diganggu . nenek aku kadang nampak kelibat-kelibat perempuan tua bertongkat , nampak kelibat aku duduk tepi tingkap sedangkan aku tidur dalam bilik . pernah sekali aku balik kampung arwah moyang aku . aku duduk sorang-ii dekat pangkin atok sedara aku yg dikenali tok abas . pukul 10 rasanya waktu tu . tiba-tiba badan rasa seram sejuk . tanpa aku sedar aku berjalan sorang-sorang masuk ke hutan belakang kampung . nasib baik pakcik sedara aku yus n nik nampak then dorang follow aku dr belakang . nik try tegur aku , then nik kata aku da disampuk sebab mata bertukar merah ! sumah aku takut sangat bila dorang ceritakan balik . lepas aku sedar , aku berdiri betul-betul menghadap tingkap arwah moyang aku , time tu lhaa aku ternampak lembaga perempuan tua seakan nenek kebayan memandang tajam arah aku . then aku dirasuk ! meracau ! mengilai ! pak sedara n jiran cuba baca ayat-ayat al-quran tapi benda tu semakin kuat meronta . bila keadaan rumit , pak sedara aku call akak ipar dia yang pandai mengubat orang di darussyifa' . then waktu dia ubatkan aku , dia kata benda ni kuat ! kuat sangat then dia mampu berlawan dengan ayat al-quran ! tapi al-hamdulillah , benda telah un ditanam di pulau besar . tapi waktu aku pulang dari pulau besar , aku ta pulang dgn tangan kosong , aku pulang dengan makhluk halus yang lain dipulau :') ya Allah ! sejak tuu sakit aku , diganggu makhluk halus menjadi-jadi . setiap malam meracau ! nampak makhluk halus sebab orang yg ubatkan aku kata hijab aku da pun terbuka ! so aku boleh nampak macam-macam , bunian , penunggu . saka . :') ya Allah , kau je yang tahu perasaan aku time tuu . aku bole dengar suara makhluk halus , berkomunikasi ! sumpah kalau boleh aku ta na semua tuu ! aku sendiri ta tau . sama ada betul atau ta hijab aku terbuka atau aku boleh nampak sebab dalam tubuh ada jin ! yang pasti , semua tuu ujian dari yang esa . aku redha :')
Wednesday, 12 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment